Skip to main content

INSTRUMEN TINJAUAN ANALISA KEPERLUAN






SOAL SELIDIK ANALISA KEPERLUAN UNTUK MEMBANGUNKAN INSTRUMEN SARINGAN TINGKAH LAKU  BERRSIMTOM DI KALANGAN KANAK-KANAK.


Nama: Shyielathy a/p  Arumugam
No Matrik: P20161000839
No Tel: 012-7885594
Saya seperti nama dan pengenalan diatas, adalah seorang pelajar Doktor Falsafah dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim.  Saya sedang  membangunkan satu instrumen saringan untuk kanak- kanak TASKA yang mempunyai masalah tingkah laku. Pembangunan instrument saringan ini adalah khas untuk guru-guru pendidikan awal kanak-kanak di arus perdana untuk mengenalpasti kanak-kanak yang mempunyai simtom-simtom tingkah laku  berkeperluan khas. Instrumen saringan ini diberi nama Symtomatic Behavior Difficulties Screening Tool (SymBest)   Berikutan dengan pembangunan instrument saringan ini, saya ingin membuat satu analisa berkaitan dengan keperluan instrumen saringan seperti ini di TASKA  sebagai satu sokongan kepada guru-guru pendidikan awal kanak-kanak di arus perdana untuk mengenalpasti  kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku.  Saya percaya kejayaan menbangunkan instrumen saringan ini akan membantu lebih ramai lagi guru-guru pendidikan awal kanak-kanak di arus perdana untuk mengenalpasti dan mengambil tindakan susulan yang sewajarkan untuk kanak-kanak yang dikenalpasti.  Analisa keperluan ini akan dijalankan secara tinjauan atas talian kepada semua guru-guru TASKA KEMAS, PERPADUAN, PERMATA dan YAYASAN PEMBANGUNAN KUALA TERENGGANU. Dapatan kajian akan digunakan sebagai sokongan untuk fasa pembinanaan instrument saringan. 

Sebagai tanda penghargaan, guru-guru akan diberi sedikit saguhati dalam bentuk fail Pdf yang mengandungi kompilasi lembaran kerja bersesuaian untuk kanak-kanak umur 3 hingga 4 tahun. Saguhati ini boleh dimuat turun di laman akhir soal selidik.

Sila pilih Bahasa untuk menjawap Soal Selidik: